PBTSELANGOR

Buku percuma buat pengunjung Lorong Buku

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 6 NOV: Pengunjung program Lorong Buku menerima kejutan apabila menerima buku secara percuma oleh penganjur, baru-baru ini.

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pembangunan Komuniti Majlis Bandaraya Shah Alam, Mohd Zulfahmee Ismail berkata, ia bagi memupuk budaya membaca selain menyemarakkan program kesenian, di negeri ini.

“Sejak 2015, mantan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mahu mewujudkan Kota Seni Shah Alam, jadi program Lorong Buku ini antara salah satu platform memperkasakan matlamat itu.

“Program sebegini juga memberi ruang kepada penulis buku serta pengkarya menampilkan bakat masing-masing,” katanya kepada SelangorKini.

Mohd Zulfahmee yang juga Penyelaras Kota Seni Shah Alam berkata, pihaknya memilih Laman Seni 7 kerana ia menjadi tarikan orang ramai, pada hujung minggu.

Justeru, beliau berharap program itu dapat memberi ruang lebih luas kepada pengkarya, sekali gus memartabatkan penulisan mereka ke peringkat lebih tinggi.

“Bagi mereka yang ingin ikuti perkembangan aktiviti Kota Seni Shah Alam, anda boleh layari laman facebook dan instagram kami,” katanya.

 


Pengarang :