Bursa Malaysia dibuka rendah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, berbanding prestasi tinggi, pada Jumaat minggu lalu memandangkan pembentangan Belanjawan 2019 mencetuskan sedikit kebimbangan dalam kalangan pelabur.

Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 11.52 mata kepada 1,702.35 daripada 1,713.87 ketika ditutup, pada Jumaat.

Indeks itu dibuka 6.2 mata lebih tinggi kepada 1,720.07, lapor BERNAMA.


Kenanga Investment Bank Bhd berkata susulan kerajaan menjangkakan defisit fiskal yang lebih tinggi bagi 2018 berbanding sasaran kerajaan terdahulu, agensi penarafan menyatakan kebimbangan mengenai tahap hutang Malaysia.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2019 mengumumkan defisit fiskal, pada 3.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar bagi 2018, berbanding 2.8 peratus yang disasarkan pentadbiran kerajaan pimpinan Barisan Nasional sebelum ini.

Fitch Ratings, dalam kenyataan berkata, hutang awam Malaysia adalah tinggi berbanding penarafan setara, dan peningkatan hutang seterusnya bagi jangka sederhana boleh memberi kesan penarafan.

Selain itu, dilaporan Lim dijangka berada di Singapura untuk mengadakan lawatan ke agensi penarafan bagi menjelaskan kewajaran Malaysia dalam membuat keputusan Belanjawan 2019.

Di Bursa Malaysia, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 155 berbanding 132, manakala 165 kaunter tidak berubah, 1,388 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan pada 169.20 juta unit bernilai RM192.71 juta.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank turun enam sen kepada RM9.34, PBBank naik dua sen kepada RM24.64, Tenaga bertambah 10 sen kepada RM14.80 dan PChem meningkat 12 sen kepada RM9.60.

Bagi saham aktif, GenM merosot RM1.36 kepada RM3.18, Vivocom dan Orion masing-masing kekal pada 2.5 sen dan 10.5 sen, manakala Velesto kurang setengah sen kepada 25 sen.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 82.78 mata kepada 11,973.0, Indeks FBM Ace naik 13.90 mata kepada 5,034.45 dan FBM 70 bertambah 39.85 mata kepada 13,775.56.

Indeks FBM Emas susut 51.11 mata kepada 11,806.54 dan Indeks FBMT 100 turun 52.50 mata kepada 11,644.11.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan bertambah 43.13 mata kepada 7,432.95, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri naik 1.25 mata kepada 174.37 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 34.21 mata kepada 17,308.21.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next