Bursa Malaysia dibuka tinggi, aktiviti belian berterusan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Bursa Malaysia dibuka tinggi, aktiviti belian berterusan

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Bursa Malaysia meneruskan peningkatan semalam untuk dibuka tinggi hari ini berikutan aktiviti belian semasa harga rendah yang berterusan dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks yang didahului oleh Public Bank, kata peniaga.

Pada 9.03 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.46 mata kepada 1,700.80 daripada 1,696.34 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks dibuka tinggi 5.22 mata kepada 1,701.56.


Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 107 berbanding 104, dengan 94 tidak berubah, 1,611 kaunter tidak diniagakan dan 69 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 75.58 juta unit bernilai RM45.37 juta.

Peniaga berkata walaupun penutupan semalaman di Wall Street lebih rendah, pasaran saham tempatan terus dengan aliran meningkat kemungkinan disokong oleh harga minyak yang lebih baik dan menjangkakan pertemuan yang memberi harapan antara pemimpin Amerika Syarikat dan China pada Sidang Kemuncak G20.

“Peningkatan semula harga minyak positif kepada saham berasaskan minyak dan gas hari ini,” kata peniaga.

Sementara itu, Maybank IB Research berkata tumpuan domestik kekal pada satu lagi pendapatan korporat yang akan diumumkan hari ini dengan kemungkinan pengambilan untung dijangka menjelang hujung minggu.

“Dari segi teknikal, kami menjangka FBM KLCI berada antara 1,685 dan 1,710 hari ini. Sokongan penurunan pada 1,680 dan 1,658,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank meningkat dua sen kepada RM24.92. Saham itu menunjukkan prestasi yang kukuh pada minggu ini, naik kira-kira 0.32 peratus.

Maybank susut satu sen kepada RM9.44, Tenaga tidak berubah pada RM14.24 dan CIMB merosot dua sen kepada RM5.83.

Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM9.27, PetGas naik 22 sen kepada RM19.02 dan PetDag menokok 44 sen kepada RM26.56.

Daripada saham aktif, PWorth tidak berubah pada empat sen, MYEG turun dua sen kepada RM1.03 manakala Hubline meningkat setengah sen kepada empat sen.

Kaunter paling untung, Nestle naik 90 sen kepada RM147.90 dan F&N menambah 48 sen kepada RM33.88.

Indeks FBM Emas Shariah menokok 39.00 mata kepada 11,836.40, FBM 70 naik 25.11 mata kepada 13,756.53 dan Indeks FBM Ace meningkat 8.84 mata kepada 4,812.11.

Indeks FBM Emas naik 34.05 mata kepada 11,765.22 dan Indeks FBMT 100 menambah 35.83 mata kepada 11,639.72.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 21.76 mata kepada 7,056.84, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.05 mata kepada 171.58 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 13.93 mata kepada 17,481.11.

SUMBER: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next