EKONOMI

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi berubah rendah kemudiannya berikutan kegiatan pengambilan untung yang sederhana, memandangkan pasaran baru muncul terkesan berikutan Sidang Kemuncak G20 yang akan berlangsung, kata peniaga.

Pada 9.03 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.94 mata pada 1,683.03 berbanding 1,684.97 pada penutup Selasa.

Indeks dibuka meningkat 0.83 mata pada 1,685.80.

Pasaran secara keseluruhan, untung mengatasi rugi 122 kepada 61, dengan 130 tidak berubah, 1,601 kaunter tidak didagangkan dan 73 digantung.

Jumlah dagangan adalah 44.28 juta unit bernilai RM37.29 juta.

Seorang peniaga berkata, pelabur berhati-hati berhubung pertemuan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan Presiden China, Xi Jinping, hujung minggu ini sewaktu persidangan berkenaan yang berlangsung di Buenos Aires, sama ada kedua-dua pihak akan mencapai perdamaian terhadap perang perdagangan yang meningkat.

Sementara itu, Maybank Investment Bank Bhd menyebut, pemulihan harga minyak dalam dagangan semalaman gagal merangsang bursa tempatan pada Isnin yang kekal fokus terhadap keputusan korporat yang kelihatannya turun naik.

“Secara teknikal, kami menjangka FBM KLCI berada antara 1,675 dan 1,700 hari ini. Sokongan bawah adalah 1,680 and 1,658,” kata firma berkenaan dalam nota penyelidikannya hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM9.42, Public Bank menokok enam sen kepada RM24.86, sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM9.27 manakala CIMB susut tiga sen kepada RM5.67.

Tenaga, yang mendahului kaunter rugi, susut 48 sen kepada RM14.24, sementara F&N susut 36 sen kepada RM33.02 dan Magnum susut lapan sen kepada RM1.94.

Kaunter aktif, Hibiscus Petroleum menokok 3.5 sen kepada RM1.02, Genting Malaysia meningkat lima sen kepada RM3.05 sementara AirAsia X tidak berubah pada 22 sen.

Indeks FBM Emas Shariah susut 19.18 mata kepada 11,724.44, Indeks FBM Ace susut 3.96 mata pada 4,891.54 tetapi FBM 70 meningkat 55.43 mata pada 13,728.31.

Indeks FBM Emas menambah 5.13 mata kepada 11,677.60 dan Indeks FBMT 100 Index menokok 4.15 mata kepada 11,536.87.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 37.19 mata kepada 7,033.59, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.41 mata pada 172.10 sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 34.22 mata pada 17,357.58.

— BERNAMA


Pengarang :