GLOBAL

China pamer pertama kali peluru berpandu baru jet J-20

SHANGHAI, 12 NOV: China buat kali pertama mempamerkan peluru berpandu canggih pesawat pejuang stealth J-20 miliknya kepada umum di pameran udara terbesar negara itu, lapor Global Times hari ini.

Akhbar itu berkata ketika membuat terbang lintas, dua jet pejuang J-20 membuka pintu di ruang peluru berpandu, setiap satu menunjukkan empat peluru berpandu di dalam fiuslage dan satu di kedua-dua belah pesawat.

Memetik seorang pakar China, akhbar itu berkata pertunjukan bersempena ulang tahun ke-69 penubuhan Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), memperlihatkan keunggulan J-20 berbanding jet pejuang canggih AS, F-22 dan F- 35 serta keyakinan PLA yang semakin meningkat.

Pakar ketenteraan, Song Zhongping berkata, empat peluru berpandu dalam pesawat J-20 adalah peluru berpandu udara jarak jauh, manakala satu lagi di kedua-dua belah pesawat adalah peluru jarak dekat untuk pertempuran udara.

SUMBER

 


Pengarang :