KUCHING, 7 Nov — Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (dua, kiri) bersalaman dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya, hari ini. Turut hadir Menteri Kerja Raya, Baru Bian (kanan) dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah (kiri). –fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Cukai jualan produk petroleum jejas pasaran

KUCHING, 7 NOV: Tindakan Kerajaan Sarawak mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum yang dikeluarkan, di negeri itu akan memberi impak kepada pasaran produk berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu boleh dibincangkan kerana kenaikan kos melalui kenaikan cukai tambahan akan menyebabkan produk berkenaan tidak lagi menarik.

Katanya, menerusi pelaksanaannya produk berkenaan akan menjadi lebih mahal berbanding produk dikeluarkan, di negara pengeluar minyak lain.

“Namun, kita menghormati cadangan dikemukakan dan saya mengambil sikap proaktif untuk berbincang lebih lanjut dengan Kerajaan Sarawak,” katanya yang turut menambah Petronas akan menyatakan pandangan mereka berkenaan perkara itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, di pejabatnya, di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Turut serta, Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Terdahulu, Abang Johari ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2019, pada Isnin lalu mengumumkan pengenaan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum, di negeri itu.

KUCHING, 7 Nov — Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (kiri) menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya hari ini.
–fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, perkara itu tidak dibincangkan dalam perjumpaan bersama Abang Johari, kecuali penjelasan berhubung legasi kekayaan pegawai kanan Petronas yang turut sama semasa kunjungan hormat berkenaan.

“Kita sudah menjelaskan kepada ketua menteri dan Petronas akan menyediakan maklumat tambahan serta mengadakan perbincangan lanjut,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan jawatankuasa perundingan bagi memastikan Sabah dan Sarawak mempunyai wakil secukupnya bagi membincang serta mengkaji semula Perjanjiian Malaysia 1963.

 


Pengarang :