BERITA UTAMASELANGOR

Delegasi Selangor ke ‘Smart City Expo World Congress 2018’

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 NOV: Kerajaan Negeri menghadiri ‘Smart City Expo World Congress 2018′ (SCEWC) di Barcelona bagi mempromosikan, membincangkan dan mempamerkan teknologi pintar serta pogram inovasi sosial bandar.

Delegasi ke kongres selama tiga hari bermula semalam itu diketuai EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana, Dato’ Teng Chang Khim.

Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), YM Raja Shahreen Raja Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris dan Pengarah Urusan KDEB Waste Management, Ramli Tahir.

Inisiatif Smart Selangor turut dipromosikan selaras agendanya yang akan direalisasikan menjelang 2025.

Chang Khim juga merupakan sebahagian daripada tiga panel bagi membincangkan isu ‘Social Inclusion at the Heart of Smart Cities’.

Pavilion Smart Selangor turut dikunjungi seluruh delegasi global termasuk perwakilan dari Denmark, Qatar, Rusia, Indonesia dan Argentina.

SCEWC adalah ekspo bandar pintar terbesar di dunia yang melihat puluhan ribu delegasi dari lebih 700 bandar, pameran bandar pintar oleh lebih daripada 650 peserta pameran dan menampilkan lebih 400 penceramah.


Pengarang :