SELANGOR

Ganabatirau mohon maaf

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 NOV: EXCO Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau memohon maaf ekoran kenyataannya berhubung kekacauan di perkarangan Kuil Sri Maha Mariamman yang mengguris perasaan masyarakat Islam.

Katanya, permohonan maaf itu bagi menenangkan semua pihak yang terkesan dengan isu terbabit.

“Jika permohonan maaf saya akan menenangkan semua pihak, saya sanggup memohon maaf jika kalau itu yang diperlukan tetapi paling penting adalah menyelesaikan masalah ini dengan profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau turut memaklumkan mendapat nasihat rakan Ahli Dewan Negeri lain supaya menggunakan perkataan tepat dalam kenyataan media terbarunya.

Ketika menyentuh perkembangan isu kekacauan itu, Ganabatirau berharap Polis Diraja Malaysia dapat menjalankan siasatan secara telus dan profesional.


Pengarang :