AGAMASELANGOR

Hadiah istimewa menanti pembayar zakat terawal

SHAH ALAM, 29 NOV: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil inisiatif memberi hadiah istimewa kepada pengeluar zakat terawal dimana-mana cawangan LZS sepanjang tempoh 1 hingga 7 Disember ini.

Menerusi laman facebooknya, LZS berkata, inisiatif itu bertujuan menggalakkan amalan berzakat selain meraikan pengunjung di kesemua 27 cawangan LZS.

“Rebutlah peluang ini bagi mendapat hadiah istimewa sambil menunaikan zakat.

“Dengan syarat mereka menjadi pengeluar zakat terawal di mana-mana cawangan LZS,” katanya.

Sementara itu, LZS turut memaklumkan semua cawangannya dibuka tujuh hari seminggu termasuk hari Sabtu,Ahad dan cuti umum sepanjang Disember ini.

“Waktu operasi seluruh cawangan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

“Manakala, Sabtu dan Ahad serta cuti umum, cawangan Zakat Selangor dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang,” katanya.

Waktu urusan turut dilanjutkan sehingga jam 8 malam bermula 28 hingga 31 Disember ini.


Pengarang :