Kawalan keselamatan ditingkatkan, langkah lain diumum esok | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Kawalan keselamatan ditingkatkan, langkah lain diumum esok

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 NOV: Pihak Polis memutuskan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan bagi menjamin ketenteraman awam negeri ini dapat dikekalkan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri Selangor yang dilangsungkan petang semalam.


“Saya juga telah dimaklumkan mengenai perkembangan kesihatan Pegawai Bomba Muhammad Adib dan marilah kita terus berdoa agar Allah memberi kesembuhan kepada beliau.

“Saya menggesa agar semua pihak untuk tidak menggangu ketenteraman awam dan mencetuskan keresahan di sekitar kawasan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman,” katanya dalam satu kenyataan medianya di sini, hari ini.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri komited dalam mematuhi lunas undang-undang, menjamin ketenteraman awam dan mencari penyelesaian terbaik bagi isu ini.

Katanya, sebelum itu beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa dan EXCO Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau.

Katanya lagi, pihaknya juga akan mengadakan satu sidang media di Dewan Annexe Negeri Selangor pada jam 1 petang esok (29 November 2018) bagi memaklumkan mengenai jalan penyelesaian yang telah dipersetujui hasil perbincangan dengan Kerajaan Selangor.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next