NASIONAL

Kenaikan semua tol 2019 dibekukan

KUALA LUMPUR 2 NOV: Kerajaan akan membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar pada 2019, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, langkah mengutamakan kepentingan dan hal ehwal rakyat itu bakal memberi kesan kewangan dianggar bernilai RM700 juta.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, hari ini.

“Kerajaan juga akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua di Johor dengan kesan kewangan dianggar RM20 juta setahun mulai 1 Januari 2019.

“Sebagai tambahan, kerajaan akan memberi keutamaan kepada Laluan Tambak Johor dan Laluan Kedua ke Singapura bagi mengurangkan kesulitan dihadapi rakyat Malaysia dan pemastautin yang berulang setiap hari.

“Sebagai permulaan, RM10 juta diperuntukkan untuk menaik taraf Autogate Malaysia Automated Clearance System dan M-Bike,” katanya.

 


Pengarang :