PBTSELANGOR

Lorong Buku buka tirai 3 November

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 NOV: Buat pertama kali, projek Kota Seni Shah Alam iaitu ‘Lorong Buku’ akan menyemarakkan aktiviti seni, budaya dan ilmu di Laman Seni 7, pada 3 November ini, bermula jam 11 pagi hingga 6.30 petang.

Aktiviti anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam itu membuka peluang kepada 50 pengunjung bertuah mendapatkan hadiah misteri dengan syarat Like Facebook Kota Seni Shah Alam atau ikuti Instagram kotaseni_shahalam serta swafoto dengan tanda pagar #kotasenishahalam.

Terdapat segmen WARNA yang menampilkan persembahan puisi, tarian, angklung dan buskers; membedah buku dan percambahan ilmu dalam sagmen BUAL sementara aktiviti membaca dan kraf kanak-kanak secara percuma bersama Mobile Library.

Selain itu, lebih 20 pempamer buku turut mengambil bahagian termasuk acara kuiz interaktif dan pengunjung juga boleh membeli buku.

Pengunjung turut diingatkan membawa payung sebagai persediaan jika hujan.


Pengarang :