SELANGOR

MBSA tutup jalan sempena Half Marathon 2018

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan bagi melancarkan penganjuran Program Larian Shah Alam Half Marathon 2018 pada 18 November ini (Ahad).

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad memaklumkan, jalan yang terbabit bagi persiapan acara larian adalah penutupan penuh di Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan) pada 16 November mulai jam 3.00 petang sehingga 12.00 malam.

Manakala, bagi Persiaran Damai, Persiaran Dato’ Menteri, Persiaran Kayangan, Persiaran Bandaraya, Persiaran Selangor, dan Persiaran Raja Muda akan ditutup sebahagian jalan mulai 18 November pada jam 12.01 pagi sehingga 5.00 pagi.

“Sehubungan itu, MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa yang diberikan oleh pihak MBSA.

“Pihak MBPJ juga memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya.

 


Pengarang :