SUKANKINI

Pemain Leicester City hadiri pengebumian Vichai

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 5 NOV: Pemain Leicester City tiba di Bangkok, Thailand bagi menghadiri upacara penghormatan terakhir pemilik kelab, Vichai Srivaddhanaprabha yang terkorban dalam nahas helikopter minggu lalu.

Ketua pasukan, Wes Morgan dan penyerang, Jamie Vardy turut berada dalam upacara yang dilangsungkan di sebuah tokong Buddha, di Bangkok sejak Sabtu lalu.

Kesemua pemain The Foxes mengharungi penerbangan selama 12 jam dari United Kingdom selepas melakar kemenangan 0-1 ke atas Cardiff City dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Vicai, 61, bersama empat yang lain terkorban selepas helikopter peribadi miliknya terhempas di luar Stadium King Power apabila mengalami masalah teknikal.

Kejadian itu berlaku selepas beliau menyaksikan pasukannya turun menentang West Ham dalam aksi yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Untuk rekod, beliau membeli kelab itu pada 2010 dengan harga €44m (RM2.08 bilion).


Pengarang :