NASIONAL

Pemandu guna lampu HID bakal didenda RM2,000

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 21 NOV: Pemandu kenderaan yang menggunakan lampu berwarna putih dan tidak mengikut standart bakal dikenakan denda sehingga RM2,000.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia berikutan kementeriannya tidak lagi akan membenarkan penggunaan lampu jenis High-Intesity Discharge (HID) kecuali yang mengikuti standart United Nation Regulations 48.

“Mengikut UNR48, lampu utama kenderaan hanya boleh menggunakan kadar pancaran cahaya sehingga 4,300K maksimum sahaja.

“Namun kita dapati di pasaran terdapat lampu HID yang mencecah sehingga 16,000K,” katanya melalui kenyataan di facebook.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, keadaan lampu HID telah menganggu penglihatan pemandu lain ketika berada di atas jalan raya.

“Oleh itu bagi sesiapa yang didapati bersalah melanggar undang-undang ini akan didenda sehingga RM2,000 atau dipenjara sehingga enam bulan,” katanya.

 


Pengarang :