NASIONAL

Pembentangan Belanjawan 2019 bermula kecoh

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Kerajaan Pakatan Harapan, di Dewan Rakyat, hari ini bermula kecoh.

Ahli parlimen pembangkang sudah mula membuat bunyi ‘boo’ ketika Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mula berucap, pada jam 4 petang tadi.

Ia gara-gara Guan Eng mengucapkan tahniah kepada rakyat kerana menukar kerajaan kleptokrasi selepas 61 tahun di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Sejarah tercatat hari ini apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh kerajaan baharu, sejak negara mencapai kemerdekaan, pada 1957.

 


Pengarang :