NASIONAL

Pemilihan semula 3 cabang KEADILAN Sabah bermula hari ini

KOTA KINABALU, 10 NOV: Pemilihan KEADILAN bagi tiga cabang, di Sabah akan diadakan semula bermula hari ini dan esok selepas keputusan pada 3 dan 4 November lalu ditangguhkan.

Tiga cabang berkenaan ialah Keningau yang akan menjalankan proses pemilihan pada hari ini, manakala dua cabang lagi iaitu Tawau dan Pensiangan akan mengadakan pengundian semula, esok.

Memetik laporan BERNAMA, suasana di sekitar pusat pemilihan KEADILAN bagi cabang Keningau setakat ini berjalan lancar dengan anggota parti sudah mula memenuhi perkarangan pusat pengundian, di Dewan Badminton, Kompleks Sukan Keningau, seawal jam 7 pagi.

Proses pengundian semula itu bermula pada jam 9 pagi dan dijangka berakhir pada jam 4 petang ini.

Anggota keselamatan turut ditempatkan di sekitar pusat pemilihan berkenaan dibantu RELA bagi memantau kelancaran, sekali gus memastikan proses pengundian berlangsung aman.

Seramai 6,000 anggota bagi cabang itu layak mengundi, pada pemilihan kali ini.

 


Pengarang :