SELANGOR

Pertandingan boling erat silaturrahim KPS dan media

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 19 NOV: Kira-kira 60 peserta memeriahkan Pertandingan Boling Bersama Rakan Media anjuran Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) di Alam Lanes, Aeon Mall di sini, semalam.

Mewakili KPS, Presiden JAB Bowling Academy, Mohd Razif Abu Bakar berkata, program di bawah Sport For All KPS terus mengukuhkan silaturrahim sedia terjalin antara agensi Kerajaan Negeri itu bersama rakan media di Selangor.

“Lebih 10 agensi media menyertai pertandingan boling ini yang diadakan bagi menghargai pihak berkaitan yang selama ini bekerjasama memberikan liputan kepada KPS.

“Semoga hubungan ini antara kedua pihak lebih erat demi manfaat rakyat keseluruhannya,” katanya kepada media.

Mengulas lanjut, Mohd Razif berkata, Sport For All adalah pertandingan boling dijayakan KPS bersama JAB Bowling Academy bertujuan memperkenalkan sukan itu kepada masyarakat bermula dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa di negeri itu.

“Program ini dijalankan di seluruh daerah di Selangor di mana ia mencungkil bakat baharu untuk peserta muda juga menggalakan orang ramai bersukan serta mewujudkan hubungan akrab di kalangan komuniti setempat,” katanya.


Pengarang :