TOKYO, 7 Nov — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang akhbar kepada wartawan Malaysia selepas menamatkan lawatan kerja selama tiga hari ke Jepun hari ini. –fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA TOKYO, Nov 7 — Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad during a press conference with Malaysian journalists after ending of his three-day working visit to Japan, today. — fotoBERNAMA (2018) COPYRIGHT RESERVED?
GLOBAL

PM bertemu rakan sejawat dari Australia, New Zealand dan Vietnam

SINGAPURA, 15 NOV: Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan tiga mesyuarat dua hala di luar kerangka Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di sini, hari ini.

Dr Mahathir akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, disusuli pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc dan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Dr Mahathir juga akan menghadiri beberapa mesyuarat lain berkaitan sidang kemuncak berkenaan – Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Sambil Bersarapan ASEAN-India, Sidang Kemuncak ASEAN-AS Keenam, Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Sebelum berlepas pulang ke tanah air, Dr Mahathir dijadual menghadiri upacara penutup Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di bandar raya negara itu dan penyerahan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Thailand.


Pengarang :