NASIONAL

Polis gantung tugas 7 pegawai dan anggota

KUALA LUMPUR, 1 NOV: Polis Diraja Malaysia mengantung tugas tujuh pegawai dan anggotanya berhubung dakwaan seorang pelabur kehilangan wang tunai berjumlah RM7.9 juta, di Jalan U-Thant, pada 8 September lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, penggantungan membabitkan pasukan polis Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu dibuat setelah siasatan dilakukan,

“Berdasarkan siasatan itu, polis juga melengkapkan dan menyerah kertas siasatan berhubung perkara itu kepada pendakwaraya.

“Kita tunggu tindakan selanjutnya berdasarkan arahan mereka (pendakwaraya),” katanya lapor BERNAMA.

Terdahulu, media melaporkan semasa kejadian, pengadu lelaki berusia 50 tahun berada di Jakarta, Indonesia.

Pelabur itu mendakwa, ketika pulang semula ke kondominium terbabit, dia mendapati duit RM7.9 juta miliknya serta beberapa rangkai kunci kereta mewah hilang.

Difahamkan, pengadu mendakwa wang tunai itu diletakkan dalam sebuah kereta jenis BMW berjumlah RM2 juta, bilik tidur (RM3.9 juta) dan peti besi (RM2 juta).

Antara dikatakan terbabit termasuk seorang pegawai wanita berpangkat Asisten Komisioner (ACP), masing-masing seorang Superintenden dan Inspektor, manakala 11 lagi anggota lain-lain pangkat.

 

 


Pengarang :