GLOBAL

Ribuan penduduk pindah gunung berapi Fuego meletus

GUATEMALA CITY 20 NOV: Hampir 4,000 orang sedang dipindahkan dari kawasan sekitar gunung berapi Fuego di Guatemala yang mula meletus malam semalam, kata Agensi Bantuan Bencana Kebangsaan (CONRED).

Jurucakap CONRED memberitahu wartawan, gunung berapi terbabit mula memuntahkan asap tebal, aliran lahar dan gas semalam dan setakat ini, lebih 2,000 orang sudah ditempatkan pusat perlindungan sementara.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Ketua Institut Meteorologi, Gunung Berapi dan Seismologi Kebangsaan (INSIVUMEH), Juan Pablo Oliva berkata lebih banyak aliran lahar dan debu panas akan keluar dari gunung berapi itu.

Jun lalu, letusan gunung berapi Fuego menyebabkan lebih 190 orang terbunuh.

Letusan ini adalah kali kelima berlaku tahun ini di gunung berapi mempunyai ketinggian 3,763 kilometer, salah satu gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah.

SUMBER: REUTERS

 


Pengarang :