NASIONAL

Ringgit tinggi berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Ringgit tinggi berbanding Dolar AS pagi ini memandangkan kebanyakan peniaga mengambil keputusan membuat keuntungan daripada dolar.

Pada 9.06 pagi, ringgit diniagakan 4.1930/1970 berbanding Dolar AS 4.1945/1975 pada penutup, semalam.

Seorang peniaga berkata, kelemahan Dolar AS adalah sementara dan ia dijangka lebih tinggi, terutama dengan kenaikan harga pengguna Amerika Syarikat.

Katanya, peningkatan inflasi yang kukuh, berkemungkinan menyebabkan Rizab Persekutuan pada landasannya untuk menaikkan kadar faedah lagi bulan depan.

“Kadar faedah yang tinggi di AS tidak bagus untuk ringgit,” tambahnya

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0437/0477 daripada 3.0349/0377 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6900/6949 daripada 3.6826/6859.

ia juga lemah berbanding pound British kepada 5.4463/4519 daripada 5.4386/4433 dan rendah berbanding euro pada 4.7465/7514 daripada 4.7264/7314.

— BERNAMA


Pengarang :