SUKANKINI

Rufino bolot dua anugerah, menang Kasut Emas ABK18

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 NOV: Penyerang sensasi Selangor, Rufino Segovia bolot dua anugerah pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK18) yang berlangsung di Hotel Pullman, Kuala Lumpur.

Beliau memenangi Anugerah Pemain Import Terbaik 2018 dan Kasut Emas 2018 apabila berjaya menjaringkan 14 gol sepanjang Liga Super 2018 berlangsung.

Pemain berasal daripada Sepanyol itu merupakan watak penting membantu pasukan jolokan ‘Red Giant’ itu mengharungi sepanjang Liga Malaysia 2018.

Selain menjaringkan 14 gol dalam Liga Super, beliau memainkan peranan besar membawa Selangor sehingga ke perlawanan akhir Piala FA 2018 sebelum tewas kepada Pahang 0-2.

Pemain berjersi nombor 10 itu menjaringkan lima gol sepanjang Piala FA berlangsung dan tiga gol lagi dalam Piala Malaysia.

Pemain berusia 33 tahun itu mula menyertai Selangor pada musim 2017 semasa jendela perpindahan dibuka pada pertengahan musim lalu.


Pengarang :