NASIONAL

Sabah minta MASWings kaji semula keputusan henti penerbangan

SEMPORNA, 11 NOV: Kerajaan Sabah meminta MASWings mengkaji semula keputusan menghentikan penerbangan, di negeri itu berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu perlu dilihat secara serius ekoran pengangkutan udara penting kepada sektor pelancongan, di negeri berkenaan.

“Pelancong datang ke beberapa tempat menarik di negeri ini seperti di Semporna dan Lembah Danum, di Lahad Datu dan akan mengambil masa jika menggunakan pengangkutan darat,” katanya lapor BERNAMA.

Beliau berkata demikian kepada pada Majlis Amanat Bersama Warga Pendidik Semporna di sini, semalam.

Terdahulu, beliau diminta mengulas keputusan MASWings itu yang dibuat, pada tahun lalu untuk menghentikan laluan Kota Kinabalu-Tawau dan Kota Kinabalu-Sandakan.

Mohd Shafie berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mencari pendekatan terbaik meningkatkan sistem penerbangan, di Sabah termasuk mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan AirAsia.

Katanya, Sabah mempunyai sektor pelancongan yang cukup baik berbanding negeri lain dan ia banyak bergantung kepada sistem penerbangan.

Tidak mungkin pelancong akan boleh sampai ke Pulau Sipadan, di sini jika tiada penerbangan dari Beijing, China ke Kota Kinabalu.

“Kami tidak mahu pelancong berada di udara agak lama atau berada di lapangan terbang sehingga sejam hingga dua jam.

“Mereka datang bukan mahu melihat lapangan terbang atau kapal terbang tetapi ingin melihat keindahan tempat dan merasai bagaimana kekayaan sumber alam seperti makanan laut yang cukup murah, keindahan flora serta fauna juga keunikan masyarakat yang ada di negeri ini,” katanya.

 


Pengarang :