NASIONAL

Satu undi, satu jawatan tertinggi

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 NOV: KEADILAN disaran mengkaji semula sistem pemilihan parti dan menghadkan sistem satu ahli satu undi hanya untuk jawatan kanan sahaja.

Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem itu sesuai dilaksanakan bagi memilih pemimpin tertinggi, manakala bagi jawatan lain ditentukan melalui perwakilan.

“Saya harap apabila (Datuk Seri) Anwar Ibrahim berkata kita akan mengkaji semula sistem pemilihan, mungkin hanya jawatan tertinggi seperti presiden, timbalan presiden dan naib presiden dipilih melalui sistem satu ahli satu undi.

“Selebihnya kita cuma kekalkan sistem perwakilan,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional KEADILAN ke-13, di IDCC, di sini.

Pada masa sama, Nik Nazmi berkata, kebanyakan ahli parti tidak berpuas hati dengan masalah dan kelemahan yang berlaku sepanjang proses pemilihan kali ini.

Katanya, kaedah berkenaan tidak praktikal kerana anggota parti dikehendaki mengundi bagi menentukan kedudukan seseorang dalam jawatannya.

 


Pengarang :