Selangor catat 25.2% permohonan halal seluruh negara | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Selangor catat 25.2% permohonan halal seluruh negara

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 NOV: Jumlah permohonan sijil halal di Selangor meningkat setiap tahun apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerima 2,546 permohonan sijil halal bagi tempoh tahun 2018 hingga 15 Novemberi 2019.

Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, jumlah itu merupakan 25.3 peratus atau satu per empat daripada jumlah keseluruhan permohonan di seluruh negara.


“Daripada jumlah tersebut, 1098 permohonan adalah untuk produk makanan dan minuman, 323 permohonan adalah premis makanan, 15 permohonan untuk rumah sembelihan, 185 permohonan untuk kosmetik dan dandanan diri serta 115 daripada skim barang gunaan.

“Pihak JAIS juga kini sedang dalam proses mempersiapkan diri bagi menawarkan skim permohonan lain bermula tahun hadapan,” katanya pada Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Persidangan Panel Pengesahan Halal Malaysia 2018 di Hotel Concorde di sini, malam tadi.

Mohd Amin berkata, sehingga kini terdapat sebanyak 2,843 pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah dan masih aktif di Selangor dengan tempoh pensijilan sehingga tiga tahun.

Katanya, sebelum ini pada tahun 2013 JAIS menerima sebanyak 1053 permohonan.

Katanya lagi, penguatkuasaan dan pemantauan halal juga menjadi salah satu tunjang utama bagi memastikan integriti sistem halal dapat dilestarikan pelaksanaannya.

“Sejumlah 11 operasi bersepadu telah dijalankan bagi tahun 2018 yang melibatkan kerjasama daripada agensi luar seperti Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next