NASIONAL

SPRM kesan dua individu bantu kes rasuah

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua saksi bagi membantu siasatan kes rasuah, di Sarawak dan Selangor.

Lelaki pertama yang dikesan itu dikenali sebagai Md Fuad Yasin, 53, dengan alamat terakhir di 61, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru 50300, Kuala Lumpur dan 41, Suasana Permai, Jalan Darulaman Golf, 06000, Jitra, Kedah.

Menurut sumber SPRM, Md Fuad disyaki terbabit kes rasuah membabitkan pembekalan diesel dan pemasangan solar di 369 sekolah, di Sarawak.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan Md Fuad diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Rekhraj Singh di talian 019-5558661 atau 03-88700446,” kata sumber berkenaan.

Lelaki kedua pula dikenali sebagai Yusoff Sulaiman, 63, dengan alamat terakhir di 48, Jalan 38/10 Taman Koperasi Polis, Fasa 2 Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor.

Yusoff Sulaiman adalah bekas polis dan dia dikesan untuk membantu siasatan kes rasuah serta kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis, kata sumber berkenaan.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan Yusoff diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Rosni Mohd Mokhtar di talian 016-773456 atau 03-99700451.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :