NASIONAL

SPRM sambut baik peruntukan RM286.8 juta

PUTRAJAYA, 2 NOV: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berterima kasih dan menyambut baik peruntukan RM286.8 juta untuk perbelanjaan mengurus serta menambah 100 pegawai pada tahun depan dalam pembentangan Belanjawan Tahun 2019 hari ini.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, perkara ini membuktikan kepercayaan kerajaan terhadap kebebasan SPRM dalam usaha menangani jenayah rasuah serta pengubahan wang haram dalam sektor awam dan swasta.

“Peruntukan yang diberikan kepada SPRM merupakan amanah yang harus dipikul dan akan diteruskan demi kepentingan rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu , SPRM juga akan terus melaksanakan tanggungjawab dalam menguatkuasakan undang-undang mengikut perlembagaan demi memastikan negara ini bebas daripada rasuah.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :