SUKANKINI

Subkhiddin letak jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 NOV: Subkhiddin Mohd Salleh mengumumkan peletakan jawatan sebagai EXCO dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri selepas sidang media Jawatankuasa Pengadil, di Wisma FAM sambil memberitahu surat peletakan jawatan akan diberikan dalam masa terdekat.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas pelbagai kritikan diterima berkenaan mutu pengadilan, pada aksi final Piala Malaysia, pada 27 Oktober lalu.

Subkhiddin sebelum ini mempertahankan keputusannya memilih Suresh Jayaraman untuk mengadili perlawanan yang berakhir dengan penuh kontroversi apabila dua layangan kad merah dikeluarkan, pada aksi di Stadium Shah Alam.

Bekas pengadil FIFA itu dilantik menerajui jawatankuasa berkenaan, pada 19 April 2017 iaitu hampir sebulan selepas beliau memenangi kerusi Exco FAM, pada pemilihan persatuan terbabit.


Pengarang :