SELANGOR

Sultan Selangor titahkan papan tanda bahasa Cina ditukar

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda Bahasa Melayu.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato’ Mohamad Munir Bani kepada Setaiusaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya menerusi sepucuk surat bertarikh hari ini.

“Operasi pertukaran Papan Tanda Jalan ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-73 DYMM Sultan Selangor iaitu pada 11 Disember 2018,” titahnya.

Surat berkenaan turut disisikan kepada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.


Pengarang :