BERITA UTAMASELANGOR

Tambahan peruntukan RM400 juta berita gembira buat Selangor – MB

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR, 9 NOV: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menyambut baik penambahan peruntukan pembangunan sebanyak RM400 juta, seperti yang diumumkanMenteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, penambahan itu bakal memberi manfaat kepada rakyat Selangor sekali gus mampu memacu ekonomi negeri ke arah lebih baik.

“Selama ini sudah 10 tahun kita dianaktiri Kerajaan Pusat, kini selepas Pilihan Raya Umum (PRU) kita sudah seiring dengan mereka, dan kerjasama ini boleh digunakan sebaiknya untuk rakyat,” katanya ketika ditemui SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Taklimat Pembangunan Selangor Anjung Utara dan Minum Petang di Pekan Kuala Selangor, hari ini.

Sementara itu, Amirudin dalam ucapannya meminta rakyat Selangor menanti pengumuman Belanjawan Selangor 2019, pada 23 November ini.

“Saya berharap belanjawan kali ini dapat memberi kesan langsung kepada pengupayaan ekonomi dan kita menjadi sebuah masyarakat yang maju bersama-sama.

“Saya yakin Selangor dapat memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri dalam kedudukan selesa dan terus mengekalkan pencapaian,” katanya.


Pengarang :