NASIONAL

Tiada lagi pasukan KEADILAN masa hadapan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 NOV: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Muhammad Hilman Idham mengumumkan pembubaran pasukan ‘KEADILAN Masa Hadapan’, berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, hal itu kerana semua anggota AMK perlu bergerak di bawah satu pasukan sebagai keluarga besar.

“Saya memberi sokongan penuh kepada Ketua AMK baru, Akmal Nasir untuk memimpin kita mulai saat ini,” katanya dalam ucapan sulung selepas diumumkan menang bagi kerusi Timbalan Ketua AMK.

Pasukan KEADILAN Masa Hadapan adalah pasukan kempen dianggotai Hilman, pada Pemilihan KEADILAN 2018 lalu.

Pada masa sama, beliau turut menyeru anggota yang tewas, pada pemilihan kali ini supaya jangan kecewa dan memberi sokongan kepada kepimpinan baharu.


Pengarang :