BERITA UTAMASELANGOR

80% belia terima tawaran Rumah Selangorku

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 DIS: Seramai 38,038 belia ditawarkan Rumah Selangorku, iaitu 80 peratus dari jumlah keseluruhan 47,548 pemohon, di negeri ini.

EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, Kerajaan Negeri pada masa ini tidak menetapkan kuota khusus kepada belia berusia 35 tahun ke bawah.

“Kerajaan Negeri juga tidak berhasrat memberikan kuota kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) khususnya belia untuk memiliki Rumah Selangorku.

“Namun, ADN boleh membantu dari segi hebahan dan galakan kepada belia untuk membuat pendaftaran Rumah Selangorku secara dalam talian melalui laman sesawang Lembaga Perumahan Hartanah Selangor,” katanya.

Sementara itu, katanya, jumlah Rumah Selangorku yang direkodkan di bawah seliaan Majlis Daerah Kuala Selangor yang sedang dalam pembinaan adalah sebanyak 2,167 unit.

Katanya, sebanyak 422 unit siap dibina dan 6,067 unit masih dalam perancangan.


Pengarang :