Amaran angin kencang, laut bergelora | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Amaran angin kencang, laut bergelora

KUALA LUMPUR 16 DIS: Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora dengan kelajuan 40-50 kilometer (km) sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Sabah sehingga Selasa, 18 Disember ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, angin kencang dengan ukuran berkenaan juga dijangka melanda kawasan perairan Tioman, selatan Condore, Bunguran, selatan Reef North, Layang-Layang, Reef South, Labuan dan Palawan.

 


“Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut,” menurutnya.

Sementara itu angin kencang Timur Laut dan laut bergelora berkelajuan 50 hingga 60km sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter diramal berlaku di kawasan perairan Samui, utara Condore dan utara Reef North sehingga Selasa ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk aktiviti menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SUMBER: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next