PENDIDIKANSELANGOR

AMC perkenal kursus MPL latih juruterbang

OLEH HAFIZAN TAIB

DENGKIL, 8 DIS: Kolej Pengurusan Penerbangan (Aviation Management College (AMC)) akan memperkenalkan Multi-Crew Pilot License Course (MPL) dalam usaha melahirkan tenaga mahir dalam bidang berkenaan.

Ketua Eksekutifnya, Kapten Ab Manan Mansor berkata, kursus itu akan dimulakan AMC pada Mei tahun depan dan menjadikannya sebagai kolej pertama di negara ini menjalankannya.

“AMC akan melatih juruterbang melalui MPL dan pelajar tidak perlu lagi ke luar negar bagi mengikutinya.

“Ia juga bagi memenuhi pasaran dalam bidang ini di mana dijangkakan lebih kurang 500 pesawat perlu dikendalikan di Penerbangan Malaysia (MAS) dalam tempo 20 tahun akan datang,” katanya kepada Media Selangor selepas Majlis Konvokesyen AMC 2018 di sini, hari ini.

Beliau berkata, AMC membuat pelaburan kira-kira RM7 juta bagi tujuan berkenaan dengan pembelian simulator Boeing 737NG.

Berhubung konvokesyen itu, katanya, ia adalah kali ke-9 diadakan di situ dengan 72 pelajar menerima ijazah dan diploma dalam graduasi termasuk empat pelajar luar negara.

“Dalam pembelajaran, kita membimbing pelajar bagi menguasai kaedah 4C iaitu communication (komunikasi), colabration (kolaberasi), critical thinking (pemikiran kritikal) dan creativity (kreativiti).

“Industri penerbangan di Malaysia berkembang pesat dan lulusan AMC berupaya memenuhi keperluannya pada masa depan,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 15 graduan Bachelor Airline & Airport Management (BAAM) dianugerahkan ijazah manakala selebihnya menerima diploma dalam bidang masing-masing.

Antaranya ialah Diploma In Flight Operation Management, Diploma Aircraft Maintenance Engineering Technology, Diploma In Aviation Tourism Management, Diploma In Office Management dan Diploma In Avation Management.


Pengarang :