SELANGOR

Aplikasi pintar kumpul rekod pemain bola sepak Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 DIS: Sebuah aplikasi pintar bakal diwujudkan bagi membolehkan rekod pemain bola sepak, di negeri ini dikumpulkan melalui satu data.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia bagi mengelakkan Kerajaan Negeri terlepas pandang pemain handal, sekali gus menyebabkan kerugian kepada Selangor dalam menghasilkan pemain bola sepak berkualiti.

“Ini bukan kerja mudah kerana ia perlu bermula daripada peringkat akar umbi, namun jika ia berjaya dihasilkan, tidak mustahil pemain ini dapat ‘dijual’ kepada pasukan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan usul peruntukan Pembangunan Belanjawan Selangor 2019, pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri turut bercadang untuk menaik taraf lesen jurulatih bagi Akademi Merah Kuning kepada peringkat A dan B.

“Sejak penubuhan akademi ini, kita berjaya mengumpulkan 800 pemain berusia dari lapan hingga 17 tahun,” katanya.


Pengarang :