ALAM SEKITAR & CUACASELANGOR

Cuaca ribut petir waktu petang di Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 8 DIS: Cuaca diramalkan mengalami hujan ribut petir dan dijangka berlarutan hingga Jumaat depan, 14 Disember.

Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia) melalui laman web rasminya memaklumkan keadaan cuaca sedemikian diramalkan berlaku sepanjang waktu petang.

“Antara lokasi yang dijangka mengalaminya termasuk Sepang, Hulu Langat, Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.

“Namun dijangkakan tiada hujan pada waktu pagi dan sebelah malam,” kata laporan berkenaan.

Bagaimanapun keadaan cuaca di Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam mengalami cuaca panas dan tidak hujan berbanding lokasi lain di negeri ini.

Daerah Klang dijangkakan panas bermula Isnin (10 Dis), Rabu (12 Dis), Khamis (13 Dis) dan Jumaat (15 Dis).

Sementara Kuala Selangor dijangka tidak menerima sebarang hujan dari Isnin hingga Selasa depan dan Sabak Bernam pula dari Ahad hingga Selasa depan.

 


Pengarang :