SELANGOR

IPK Selangor tawar diskaun 50% bayar saman tertunggak

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 7 DIS: Jabatan Siasatan dan Penguat kuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menawarkan diskaun 50 peratus bagi bayaran saman tertunggak.

IPK Selangor melalui kenyataan di facebook berkata, tawaran berkenaan dibuat bermula dari 13 hingga 15 Disember ini, di Balai Polis Trafik Ampang Jaya, Pandan Indah.

“Kaunter mula dibuka pada jam 9 pagi hingga 4.30 petang dan orang awam boleh membuat bayaran saman meliputi semua jenis saman trafik seluruh Malaysia.

“Antara kesalahan yang layak mendapat diskaun ialah saman membabitkan kes bicara di mahkamah, waran tangkap 2018, saman akibat kemalangan, saman Ops Selamat 2018 dan saman membabitkan penggunaan alat komunikasi,” katanya.


Pengarang :