NASIONAL

Jurukamera BERNAMA meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 30 DIS: Jurukamera Bernama News Channel (BNC) Mohammad Ariffin, 62, meninggal dunia awal pagi tadi.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak pada pukul 1.25 pagi setelah menghidap penyakit pneumonia.

Anak Allahyarham, Irnul Hulaifah, 34, berkata Mohammad menghidap jangkitan paru-paru sejak lima tahun lepas, namun keadaan mula kritikal beberapa bulan lalu.

Jenazah kini berada di kampung isterinya di Kampung Sendol, Batu 8 Bendang Siam, Changkat Jering, Perak dan akan dikebumikan selepas solat Zuhur.

Allahyarham yang berkhidmat di BNC lebih 10 tahun, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :