NASIONALPENDIDIKAN

Kementerian Pendidikan sasar buku teks digital menjelang 2022

KUALA LUMPUR, 6 DIS: Kementerian Pendidikan menyasarkan untuk menyediakan buku teks digital bagi semua pelajar sekolah menengah di negara ini, menjelang 2022.

Timbalan menterinya Teo Nie Cheng berkata, kementerian bercadang mewujudkan buku teks digital untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3, pada tahun hadapan.

“Manakala bagi buku teks digital interaktif, kementerian bercadang untuk mewujudkannya untuk pelajar tingkatan 3, pada 2020. Manakala, kementerian akan menyediakan buku teks digital interaktif untuk pelajar Tingkatan 1,3 dan 4, pada 2021.

“Untuk tahun 2022, buku teks digital interaktif akan disediakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 5,” katanya pada sesi soal jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini, lapor BERNAMA.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berhubung pelaksanaan buku teks digital bagi menangani masalah beg berat yang dihadapi pelajar.

Nie Cheng berkata, inovasi pendigitalan buku teks membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan melampaui bilik darjah serta mengurangkan penggunaan kertas bagi mencetak buku teks bercetak seterusnya mengurangkan indeks penggunaan kertas negara.


Pengarang :