SELANGOR

Kerajaan Negeri pandang serius isu bapa tunggal

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 DIS: Isu bapa tunggal di Selangor tetap dipandang serius Kerajaan Negeri selain menumpukan kepada permasalahan ibu tunggal.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, beliau memahami ada di antara bapa tunggal terpaksa melalui tanggungjawab, sama seperti ibu tunggal lain.

“Ada diantara mereka yang tidak boleh bekerja kerana terpaksa menjaga anak sendiri.

“Antara langkah yang mungkin boleh diambil bagi membantu bapa tunggal ini ialah melaksanakan ‘Work From Home (WFH)’ bagi menjana pendapatan sampingan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan usul peruntukan Pembangunan Belanjawan Selangor 2019 di Sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Sebelum ini, melalui Belanjawan Selangor 20019, penerima Kasih Ibu Smart Selangor bakal terpilih menyertai program WFH.

Justeru, bagi mengorak langkah ke arah Pemberian ke Pemberdayaan (From Gift To Empowerment), penerima KISS terpilih menyertai program terbabit.


Pengarang :