SELANGOR

LZS bantu mualaf hilang kerja

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 6 DIS: Seorang mualaf yang baru saja memeluk Islam dan hilang pekerjaan menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS melalui kenyataan di facebook berkata, pihaknya menerima maklumat keluarga mualaf berkenaan terputus belanja harian ekoran masalah dihadapi.

“Oleh itu, LZS bertindak segera dengan membuat lawatan mengejut ke rumah mereka, akhirnya kami mendapati maklumat terbabit benar dan keluarganya sangat memerlukan bantuan.

“Bagi meringankan beban, LZS memberi bantuan tunai segera RM500 dan bantuan lain akan menyusul,” katanya.

Pada masa sama, LZS turut membiayai pembayaran rumah sewa keluarga berkenaan dan merancang untuk membayar elaun kehadiran kelas fardhu ain.

“Marilah doakan agar ALLAH SWT tetapkan keimanan dan akidah yang satu buat keluarga ini dan juga buat kita semua,” katanya.


Pengarang :