LZS buka semua cawangan perkhidmatan tujuh hari seminggu sepanjang Disember | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Zareef Muzammil

LZS buka semua cawangan perkhidmatan tujuh hari seminggu sepanjang Disember

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 25 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka kaunter perkhidmatan tujuh hari seminggu termasuk hujung minggu dan cuti umum, di kesemua 27 cawangan sepanjang Disember ini.

Jurucakap LZS menerusi kenyataan memaklumkan, waktu operasi di seluruh cawangan itu bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja, manakala bagi Sabtu, Ahad dan cuti umum dibuka dari jam 9 pagi hingga 3 petang.


Katanya, waktu operasi terbabit juga dilanjutkan sehingga jam 8 malam bermula 28 hingga 31 Disember ini.

“Inisiatif ini diambil bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat mereka sebelum berakhir tahun 2018.

“Selain taksiran zakat harta, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan runding cara zakat, bayaran zakat dan melaksanakan urusan permohonan agihan zakat,” katanya.

Kenyataan sama turut menyebut, perkhidmatan pembayaran zakat menerusi kad kredit Islamik dan kad debit juga disediakan di seluruh cawangan berkenaan.

“Lebih menarik, semua pengeluar zakat melalui 27 Cawangan Zakat Selangor ini berpeluang memenangi hadiah istimewa melalui e-cabutan iaitu sebuah tablet, sebuah telefon pintar dan hadiah saguhati iaitu kad Touch & Go.

“Orang ramai harus merebut peluang sebelum 31 Disember bagi melayakkan mereka mendapat rebat cukai pendapatan,” katanya.

Bagi mereka yang mahu menunaikan zakat secara dalam talian, boleh melayari laman sesawang di https://fpx.zakatselangor.com.my/

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next