PBTSELANGOR

MBPJ anjur sambutan Detik Tahun Baharu 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

PETALING JAYA, 28 DIS: Orang ramai dipelawa hadir untuk memeriahkan sambutan Detik Tahun Baharu 2019, di Dataran Boulevard PJ State, di sini, pada 31 Disember ini.

Program anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu dijadual bermula dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

MBPJ melalui Facebook memaklumkan, pelbagai aktiviti menarik bakal disajikan kepada orang ramai, khususnya mereka yang berada di sekitar Petaling Jaya.

“Pengunjung berpeluang menyertai aktiviti ‘Kota Seni Street Music’, ‘Martial Art’, ‘PJ Street Zumba Eve’ dan ‘Smart Truck’.

“Program turut menampilkan persembahan istimewa daripada selebriti tanah air seperti Adi 6ixthsense dan Pretty Ugly yang akan menghiburkan pengunjung,” katanya.


Pengarang :