SELANGOR

MBSA rai media ke Ipoh

OLEH NADIAH ZAMLUS

IPOH, 31 DIS: Hampir 20 wartawan dan jurugambar dari Selangor dirai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan lawatan ke Ipoh, Perak.

Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, program terbabit bagi menghargai usaha penat lelah media cetak dan elektronik yang berterusan membantu MBSA melalui pelbagai program kemasyarakatan.

Katanya, rakan media diantara rakan sinergi utama bagi membolehkan orang ramai mengetahui perkembangan serta maklumat terbaru mengenai MBSA.

“Dengan adanya media, maklumat kepada masyarakat juga lebih cepat dan paling penting adalah tepat.

“Terima kasih kepada rakan media massa yang selama ini membantu MBSA,” katanya ketika ditemui SelangorKini.

Program dua hari satu malam MBSA itu turut membawa kesemua rakan media ke Lost World of Tambun serta beberapa lokasi menarik di sekitar Perak.

Antaranya termasuk Disneyland Malaysia yang terletak di Kampar, uniknya di situ bangunan-bangunan dicat menggunakan pelbagai warna sehingga seakan berada di luar negara.

Selain itu, MBSA turut membawa kumpulan media ke Istana Kellie dan juga Menara Condong di Teluk Intan.

 


Pengarang :