PBTSELANGOR

MBSA tutup jalan sempena Larian Menjunjung Kasih 2018

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 4 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan bagi tujuan persiapan dan penganjuran program Larian Menjunjung Kasih Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, pada 8 Disember ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan terbabit adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), pada 7 Disember ini, mulai jam 6 petang.

Manakala, Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Damai, Persiaran Dato’ Menteri, Persiaran Kayangan, Persiaran Institut, Persiaran Masjid, Jalan Oniks 7/11,dan Jalan Ratna 7/10 ditutup pada 8 Disember, mulai jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari.

“MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan, pada tempoh berkenaan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

“MBSA juga memohon supaya pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif ke destinasi yang hendak dituju,” katanya.

Program Larian Menjunjung Kasih 2018 menyasarkan 10,000 peserta dengan Majlis Sukan Negeri Selangor sekali dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan larian yang akan bermula seawal jam 6.30 pagi dan dijadualkan berkahir, pada jam 11 pagi, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Hampir 100 hadiah menarik boleh dimenangi peserta larian menerusi undian cabutan bertuah antaranya motosikal, skuter elektrik, basikal, televisyen, telefon bimbit dan barangan elektrik.


Pengarang :