PBTSELANGOR

MPSepang anjur boling erat kerjasama media

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 4 DIS: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menganjurkan pertandingan boling bersama media di Ampang Superbowl, Bangi Gateaway, semalam.

Timbalan Yang Dipertuanya, Muhammad Hafiz Shaari berkata, pertandingan itu bertujuan mengeratkan hubungan antara Pihak Berkuasa Tempatan terbabit bersama pengamal media.

“Melalui pertandingan berkenaan, kedua-dua pihak akan lebih mengenali sekali gus memudahkan kerjasama, pada masa depan.

“Media dan MPSepang sebenarnya saling memerlukan, malah ia juga adalah sebahagian daripada aktiviti santai bagi merehatkan diri daripada tekanan kerja,” katanya ketika berucap selepas melancarkan gimik pertandingan.

Turut hadir, Ahli Majlis dan beberapa Pengarah Jabatan MPSepang.

Terdahulu, seramai 50 wakil media mengambil bahagian dalam pertandingan boling itu.


Pengarang :