SELANGOR

Pengecualian fi lesen gembirakan penjaja kecil

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 5 DIS: Peniaga kecil menjadi kumpulan paling gembira apabila Kerajaan Negeri terus komited meneruskan pengecualian pembayaraan fi lesen, pada 2019.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, kumpulan berkenaan memerlukan bantuan daripada Kerajaan Negeri bagi menambah baik ekonomi mereka.

“Saya sambut baik pengumuman Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari semalam, begitu juga pengecualian pembayaran cukai pintu bagi rumah kos rendah dan kampung sebagai usaha murni kerajaan untuk memastikan rakyat terus hidup selesa.

“Namun sebagai rakyat, kita perlu terus bersama komited membangunkan negeri ini,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan kegembiraan apabila Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) turut diteruskan Kerajaan Negeri.

“Kita tidak mahu bantuan IPR ini hanya diterima sekumpulan golongan sahaja sehingga menyebabkan ada yang terabai, maka disebabkan itulah penjajaran semula dilakukan,” katanya.


Pengarang :