SELANGOR

RMS rakam penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa TSSC 2018

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 4 DIS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan ‘The Sultan Of Selangor’s Cup’ (TSSC), di Hotel Concorde, di sini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari selaku Penasihat TSSC 2018 diwakili Pengarah Projek Nirvana Group Berhad, Zainol Abidin Mohamed mendahului senarai 47 penerima sijil penghargaan bersama Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir, diikuti Pengurus dan Pengerusi TSSC 2018, Tan Sri Abd Karim Munisar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohammad Fuzi Harun mengetuai senarai penerima bagi Ahli Jawatankuasa Induk bersama 14 yang lain dan diikuti 14 Ahli Jawatankuasa Kerja.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penaja utama mengetuai senarai penerima penerima penghargaan bagi Penaja TSSC 2018 yang diwakili Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abdul Jabar dan disusuli 14 wakil lain.

Hadir sama pemain pasukan Veteran Selangor, Pilihan Selangor dan Bawah 16 Tahun (B16) Selangor yang berjaya melakar kejuaraan penuh, pada edisi ke-17, di Stadium Shah Alam, pada 25 Ogos lalu.

Secara keseluruhan, TSSC 2018 menerima tajaan hampir RM1.2 juta.


Pengarang :