SELANGOR

Sambutan Rumah Terbuka refleksi keharmonian negeri

OLEH NORHAYATI UMOR

KAJANG, 16 DIS: Kemesraan pelbagai kaum, bangsa dan keturunan yang ditonjolkan dalam sesuatu majlis Sambutan Rumah Terbuka merupakan refleksi keharmonian negeri.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, tradisi amalan kunjung-mengunjung merupakan amalan murni bagi mengeratkan hubungan dan memantapkan perpaduan rakyat sekali gus mendekatkan pemimpin ke akar umbi.

“Sambutan Rumah Terbuka seperti Krismas ini sinonim apabila semua ahli keluarga jiran atau sabahat berkumpul mengunjungi serta mengeratkan hubungan dan membuka lembaran baru.

“Ini merupakan platform kita mengetengahkan perayaan yang melambangkan identiti selain dapat menarik minat pelancong melalui kepelbagaian arah berkonsepkan pelancongan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Krismas peringkat negeri, di Padang Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), di sini.

Pada masa sama, Loy Sian berkata, lebih 5,000 rakyat pelbagai bangsa dan agama hadir ke sambutan berkenaan.

“Saya berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang bagi semua perayaan seperti Hari Raya, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Krismas. Ini dapat membuka ruang luas, saling menghormati, menyayangi bersama rakyat.

“Saya percaya sambutan ini adalah simbolik kegembiraan keluarga dan dapat berkongsi dengan golongan kurang berkemampuan,” katanya.


Pengarang :